Semakan Keputusan Permohonan KKTM Dan IKM Online
Semakan Keputusan Permohonan KKTM Dan IKM 2022 2023 Online
Panduan buat pemohon yang telah membuat application ke KKTM, IKM dan MJII sesi ambilan tahun 2022. Tarikh semakan keputusan KKTM IKM MJII akan diumumkan di Portal TVET MARA.
Menurut Portal TVETMARA, Semakan Tawaran ke IKM / KKTM bagi bulan April dan Julai 2022 adalah pada 28 Februari (KKTM Petaling Jaya sahaja) dan 14 April 2022. Kemasukan pada sesi November dilanjutkan ke sesi Januari 2023.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Institut Pendidikan MARA (IPMa) iaitu Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Mara Japan Industrial Institute (MJII), pemohon boleh melayari Facebook TVETMARA.
Semakan Keputusan KKTM Dan IKM 2022 2023 Online
Perhatian buat pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII sesi Januari 2022. Tarikh semakan keputusan masih belum diumumkan lagi. Menurut Portal SPUPIM, Semakan Tawaran ke IKM / KKTM dibuka pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Tarikh semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk maklumat lanjut berkaitan Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Mara Japan Industrial Institute (MJII), pemohon boleh melayari Facebook eKemahiran.
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan Semakan Keputusan KKTM Dan IKM serta MJII sesi Januari 2017.
- Tarikh Semakan : 23 Disember 2016 mulai 1200 tengahari sehingga 6 Januari 2017
- Applikasi Semakan : SEMAKAN SPUPIM (e-Kemahiran)
Maklumat penting lain boleh dirujuk di UPIMonline, e-Kemahiran dan SPUPIM.
Kepada pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan sesi berikutnya, berikut dikongsikan maklumat ringkas mengenai permohonan ke IKM, KKTM dan MJII yang dikongsikan dari e-Kemahiran sebagai panduan.
Semakan Keputusan KPM
- Keputusan kemasukan KPM boleh disemak bermula 19 Disember 2016 (Isnin)
- Semakan boleh dibuat di SPUPIM
Cara Membuat Permohonan ke IKM, KKTM dan MJII Online
Berikut adalah maklumat permohonan :-
- Permohonan kemasukan di buka dua (2) kali setahun iaitu pada SESI JANUARI dan JULAI
- Permohonan kemasukan perlu dibuat secara ONLINE
- Kemasukan sesi JANUARI adalah melalui www.ekemahiran.edu.my. Ianya adalah percuma
- Kemasukan sesi JULAI adalah melaui UPU Online dimana pemohon perlu membeli no. pin atau melalui www.ekemahiran.edu.my – percumaã…¤
Penerangan Untuk Pelajar-Pelajar Baru KKTM, MJII & IKM
1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
1.1 Anda mestilah mempunyai kelayakan akademik SPM yang telah disyaratkan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.
1.2 MARA berhak menarik balik tawaran ini jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan akademik atau lain-lain syarat yang ditetapkan.
2. KESIHATAN
2.1 Anda mestilah sihat dan tidak cacat anggota tubuh badan dan lulus dalam pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti kursus latihan.
2.2 Pemeriksaan kesihatan hendaklah dibuat di Hospital Besar/ Klinik Kerajaan atau Klinik Swasta. Pembayaran segala urusan pemeriksaan kesihatan adaah menjadi tanggungjawab anda sendiri.
2.3 Menjalani pemeriksaan doktor termasuk pemeriksaan X-ray dengan mengemukakan Borang Laporan Kesihatan (Filem X-ray tidak perlu dibawa semasa pendaftaran).
2.4 MARA berhak menarik balik tawaran anda jika anda didapati tidak sihat cacat anggota tubuh badan.
3. PERSIAPAN KE KKTM, MJII & IKM
Bersama-sama ini disertakan Dokumen Pendaftaran untuk dilengkapkan bagi persiapan anda ke KKTM, MJII & IKM;
i. Buku Pendaftaran Lampiran-lampiran di dalam Buku Pendaftaran hendaklah dilengkapkan
ii. Dokumen Perjanjian (3 set) Ketiga-tiga set Dokumen Perjanjian yang telah dilengkapkan hendaklah dimatikan setem. Sila baca Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian dengan teliti.
iii. Pelajar perlu membawa Salinan Asal dan satu Salinan Fotokopi yang telah disahkan bagi semua dokumen yang diperlukan semasa melaporkan diri di kolej. Dokumen-dokumen tersebut seperti berikut:- a) Sijil SPM & Sijil Akademik berkaitan yang telah disahkan b) Sijil Kelahiran Pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara c) Sijil Kelahiran Ibu/Bapa/Penjaga yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
** PERINGATAN ** Pelajar tidak akan dibenarkan mendaftar jika tiada DOKUMEN ASAL DAN SALINAN FOTOKOPI YANG TELAH DISAHKAN.
4. TAMBANG PERJALANAN PELAJAR SABAH / SARAWAK KE SEMENANJUNG ATAU PELAJAR SEMENANJUNG KE SABAH / SARAWAK ATAU SABAH KE SARAWAK ATAU SARAWAK KE SABAH
Anda adalah layak dibayar tambang pengangkutan sekali pergi dan sekali pulang ke tempat asal atau tempat yang lebih dekat dari tempat asal bagi penerbangan kelas ekonomi. Pelajar boleh membuat bayaran perjalanan ini dengan mengemukakan tiket asal untuk mendapatkan gantian kos penerbangan.
5. ELAUN SARA HIDUP
Elaun Sara Hidup akan dibayar kepada pelajar yang pendapatan keluarganya kurang dari RM 40,000.00 setahun (Pendapatan Bercukai).
Pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MARA akan menerima bantuan elaun seperti berikut:- Program Diploma : RM 300.00/sebulan, setiap tahun selama 11 bulan sahaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 9,900.00 sepanjang 3 tahun tempoh pengajian Program Sijil : RM 250.00/sebulan, setiap tahun selama 11 bulan sahaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 5,500.00 sepanjang 2 tahun tempoh pengajian. Perlu diingatkan : Proses penyediaan elaun mengambil masa 2 – 3 bulan pertama pada semester pertama, justeru ibu bapa / penjaga perlu menyediakan wang saku pelajar dalam tempoh tersebut untuk perbelanjaan makan / minum dan lain-lain keperluan harian jika perlu.
6. KEMUDAHAN PENGINAPAN
Penginapan disediakan bagi semua pelajar Tahun Satu sahaja. Pelajar-pelajar Tahun Dua (Sem 3 dan seterusnya) akan diberikan kemudahan penginapan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh kolej tersebut.
7. YURAN PENGAJIAN
Yuran Pengajian dikecualikan sepanjang tempoh pengajian bagi semua pelajar Maklumat lanjut lain seperti bayaran setuju terima, rawatan kesihatan dan sebagainya , sila rujuk
Buku Pendaftaran Pelajar Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Alamat: Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605 Fax: 03-26914510
Semoga perkongsian semakan keputusan KKTM IKM MJII Januari 2023 dan April/ Julai 2022 Online dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat maju jaya dalam hidup anda.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor berikut :-
- KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
- UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
- GMI : 03-8921 9047 / 9288
- KKTM : 03-261 34605/ 34612
- KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033
Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan ke IKM, KKTM dan MJII. Semakan Keputusan KKTM Dan IKM 2022 2023 Online
Tiada ulasan