Header Ads

  • Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2023/ 2024 KPM Online

    Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2023/ 2024 KPM Secara Online. Perhatian buat ibu bapa dan penjaga. Permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi sesi persekolahan tahun 2023 akan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023. Pendaftaran PraSekolah boleh dibuat secara dalam talian di E-Prasekolah atau permohonan secara manual.


    Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah

    Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2023/ 2024 KPM Online

    Syarat Kelayakan Memohon Prasekolah
    Syarat Kelayakan Memohon ke prasekolah di bawah Kementerian Pendaftaran Malaysia adalah:

    Kanak-Kanak Warga Malaysia Sahaja
    Kanak-Kanak Yang Lahir Pada 2 Januari 2013 – 15 Januari 2015
    Tempoh Permohonan Prasekolah 2018
    1. Secara Atas Talian

    Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018

    2. Secara Manual Melalui Prasekolah Yang Dimohon
    Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018

    Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2023 Secara Online


    Berikut adalah cara membuat permohonan online (atas talian) melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

    1. Isi Borang Online

    Buka laman web https://eprasekolah.moe.gov.my dan isi borang permohonan prasekolah. Lengkapkan semua butiran yang diminta.

    2. Cetak Borang Permohonan


    Permohonan yang telah lengkap perlu disemak dan dicetak.

    Borang ini perlu diserahkan kepada prasekolah yang dipohon berserta dengan senarai semak yang dinyatakan didalam borang permohonan. Penyerahan perlu dilakukan dalam tempoh pendaftaran.

    3. Semak Status Permohonan


    Setelah mengisi borang, status permohonan boleh disemak dengan klik pada butang SEMAK PERMOHONAN di ruang LAMAN PENGGUNA. Senarai Sekolah Seluruh Malaysia

    Bagi permohonan yang telah BERJAYA, pemohon perlu mencetak SURAT TAWARAN dan serahkan pada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut.

    Untuk rayuan permohonan, sila klik butang RAYUAN PERMOHONAN apabila dimaklumkan kelak.

    Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2023/ 2024 Secara Manual

    1. Ambil Borang

    Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2018.

    2. Lengkapkan Borang

    Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan seperti yang diminta oleh prasekolah.

    3. Hantar Semula Borang Bersama Dokumen Berkaitan

    Kesemua borang beserta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah atau layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/.

    Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2023/ 2024 KPM Online

    Tiada ulasan