Header Ads

  • PICKIDS: Daftar Vaksin COVID19 Kanak-kanak 5 – 11 Tahun Di MySejahtera

    PICKIDS: Daftar Vaksin COVID19 Kanak-kanak 5 – 11 Tahun Di MySejahtera

     Kerajaan telah memulakan Program Imunisasi COVID-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula 3 Februari ini (PICKIDS).

    Program vaksinasi tersebut dilaksanakan melihat kepada keperluan untuk melindungi populasi kanak-kanak, susulan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan golongan tersebut mutakhir ini.

    Vaksin Comirnaty (Pfizer) dengan formulasi kanak-kanak adalah vaksin yang diberi keutamaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

    PICKIDS: Daftar Vaksin COVID19 Kanak-kanak 5 – 11 Tahun Di MySejahtera

    Mulai 7 Mac, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mula menawarkan vaksin Sinovac ini di Pusat Pemberian Vakin (PPV) terpilih dan ibu bapa boleh menyemak senarai nama serta waktu operasi PPV yang menawarkan vaksin berkenaan secara walk-in di laman web KKM serta PHCorp.

    PICKIDS: Daftar Vaksin COVID19
    Infografik oleh BERNAMA

    Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Vaksinasi Kanak-kanak 5 Hingga 11 Tahun (PICKIDS).

    Program Vaksinasi Kanak-kanak 5-11 Tahun (PICKIDS)

    Siapakah Yang Layak?

    • Kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun disarankan untuk menerima vaksin Covid-19.
    • Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai komorbid dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.
    Pickids

    Siapakah Yang Tidak Layak?

    • Sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis terhadap
      • Ubat, makanan, atau bahan yang tidak diketahui
      • Sebarang reaksi atau alahan dalam masa 72 jam terhadap dos vaksin pertama atau mana-mana kandungan vaksin Covid-19

    Tarikh Pendaftaran

    Sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan bermula pada penghujung Januari 2022.

    Tempahan janji temu vaksinasi akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari 2022 dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu.

    Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggunggan dalam aplikasi MySejahtera mereka.

    Sejauh Mana Keselamatan Dan Keberkesanan Vaksin Covid-19 Kepada Kanak-kanak?

    Untuk makluman, kanak-kanak akan menerima kuantiti dos yang lebih rendah, iaitu 1/3 daripada dos uang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas.

    Ujian klinikal menunjukkan pengurangan 90% kemungkinan mendapat jangkitan bergejala di kalangan kanak-kanak yang telah divaksin.

    Kesan sampingan yang biasa secara amnya adalah ringan dan sederhana.

    Pemberian vaksin kepada kanak-kanak akan mengurangkan kemungkinan mereka untuk mendapat penyakit serius atau mengalami komplikasi jangka masa panjang akibat jangkitan Covid-19.

    Cara Pendaftaran PICKIDS

    Untuk mendaftar, sila ikuti 3 langkah berikut:

    1. Buka aplikasi MySejahtera
    2. Klik pada menu ‘COVID19 Vaccination
    3. Pilih tab ‘Add Vaccine Dependent
    4. Isikan nama dan maklumat anak sebagai dependent anda.
    5. Sahkan pendaftaran dan jawab soalan untuk mengesahkan pendaftaran.

    *Perlu diingat bahawa setiap anak hanya boleh didaftarkan pada 1 akaun MySejahtera sahaja.

    Pickids
    Pickids
    Pickids

    Vaksin COVID19 Yang Diluluskan Untuk Kanak-kanak 5-11 Tahun

    Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini telah memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-386 yang telah bersidang pada 6 Januari 2022 bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Pfizer (COMIRNATY) untuk kanak-kanak.

    KKM dalam sebuah sidang media tersebut menjelaskan bahawa vaksin yang diluluskan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun adalah seperti berikut:

    COMIRNATY 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection

    Merupakan vaksin COMIRNATY yang diluluskan untuk imunisasi COVID-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

    Sediaan ini mempunyai kekuatan yang lebih rendah berbanding vaksin COMIRNATY yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.

    Infografik oleh BERNAMA

    COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection

    Merupakan vaksin COMIRNATY dengan formulasi baharu yang tidak memerlukan pencairan (dilution) sebelum administrasi dan mempunyai tempoh jangka hayat yang lebih panjang, iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada (1 bulan) apabila disimpan pada suhu 2°C hingga 8°C setelah dinyahbeku.

    Indikasi COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30 mcg Solution for Injection ini adalah untuk imunisasi COVID-19 kepada individu berumur 12 tahun dan ke atas.

    Untuk makluman, pemegang pendaftaran bagi kedua-dua vaksin di atas adalah Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd dan dikilangkan oleh BioNTech Manufacturing GmbH, Jerman.

    CORONAVAC (SINOVAC)

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pemberian vaksin berkenaan hanya akan diberikan kepada kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin Comirnaty (Pfizer) atas faktor kesihatan.

    Vaksin Sinovac ini hanya boleh diberi apabila kanak-kanak mencapai usia lima tahun pada tarikh lahir dan bagi mendapatkan status vaksinasi lengkap, dua dos vaksin Sinovac akan diberikan kepada kanak-kanak lima hingga 11 tahun dengan selang masa empat minggu.

    Adakah vaksin Covid19 ini diwajibkan buat kanak-kanak?

    Buat masa ini, PICKIDS tidak diwajibkan untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

    Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin, tiada sekatan akan dikenakan kepada kanak-kanak yang tidak divaksin.

    Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM), BERNAMA - PICKIDS: Daftar Vaksin COVID19 Kanak-kanak 5 – 11 Tahun Di MySejahtera

    Tiada ulasan