Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2023/ 2024
Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2023/ 2024
Isi Kandungan
Permohonan Kemasukan Murid Ke Tahun 1 Ambilan 2023/ 2024 Online
Berikut dikongsikan panduan dan cara dalam membuat permohonan Murid Tahun 1 ambilan 2023/
2024 secara online untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh permohonan, applikasi atau borang pendaftaran dan cara mendaftar.
Tempoh Pendaftaran Murid Tahun 1 Online (Atas Talian)
Permohonan kemasukan murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2023 dan 2024 akan dibuka seperti ketetapan berikut :-
- Tarikh Buka : 1 Mac 2022
- Tarikh Tutup : akan dikemaskini
*Nota : Tarikh RASMI seperti dimaklumkan di Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM)
Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.
Maklumat tarikh penting lain adalah seperti berikut :-
- i) Pendaftaran secara dalam talian (lewat) : –
- ii) Pendaftaran Manual ke PPD/ JPN untuk sesi persekolahan 2023 sahaja : –
Murid Yang Layak Mendaftar Kemasukan Tahun 1 2023/ 2024
Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
- 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 (Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2023)
- 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018 (Sesi persekolahan tahun 2024)
Cara Mendaftar Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2023-2024
Pendaftaran murid Tahun Satu (1) boleh dibuat seperti berikut
i) Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia Termasuk Sabah, Sarawak & WP Labuan
Applikasi permohonan/ pendaftaran secara atas talian/ online boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-
NOTA
- Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.
- Pemohon berkemungkinan akan mengalami kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi permohonan/ pendaftaran berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server
- Bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak mempunyai kemudahan internet, pendaftaran ke Tahun Satu secara dalam talian boleh dibuat di sekolah yang hendak dimohon
Berikut dikongsikan cara mendaftar pelajar tahun satu (1) secara online :-
- Layari laman SPATKPM
- Untuk pengguna sediada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
- Untuk pengguna baru SPATKPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di pautan berikut :-
- Manual Pengguna SPATKPM (Cara daftar, kata laluan)
Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut :-
- Maklumat prasekolah/ tadika
- Profil kesihatan
- Rekod imunisasi kanak-kanak
ii) Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan
Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu dalam masa 14 hari.
Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-
- Cetakan borang permohonan online
- Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
- Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
- Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
- Sampul surat bersaiz standard serta beralamat sendiri dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
- Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
- Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
*Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang anda mohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza
Langkah Pendaftaran Kemasukan Murid Ke Tahun 1
Soalan Lazim FAQ Permohonan Murid Tahun 1
Berikut adalah diantara soalan lazim yang selalu ditanya berkaitan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 online:-
- Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
- Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
- Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
- Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
- Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
- Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul (menggunakan id pengenalan)
- Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
- Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.
Maklumat Lanjut & Permohonan Rayuan
- Selepas selesai mengisi, pastikan parent mencetak borang dan bawa dokumen seperti yang dinyatakan di dalam sistem ke sekolah untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari
- Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan keputusan juga melalui sistem
- Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan
- Bagi yang daftar lewat kelahiran dan pendaftaran secara online tidak dapat dilakukan, minta ibu bapa daftar secara manual di PPD selepas bulan Disember 2022 dengan mengisi borang ASBS
- Bagi permohonan tahun 1/2023 untuk murid tanpa dokumen,mohon mendaftar di PPD melalui borang MWTD selepas bulan Disember 2022
Cara Hubungi
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-
- E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my
Pertanyaan Permohonan Murid ke Tahun 1 untuk pertanyaan berkaitan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-
- Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
- Unit ICT.
- E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Berikut adalah rujukan senarai Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia, klik JPN
Check Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2023-2024
Keputusan permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Ogos 2022 (Tarikh akan dikemaskini). Tarikh-tarikh penting dan pautan lawam web boleh dirujuk di Cara semak keputusan pendaftaran ke Tahun 1 secara online.
Anda boleh check secara online di SPATKPM. Untuk pemohon yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Pemohon yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan.
Diucapkan selamat membuat Pendaftaran secara online atau manual. Semoga pendaftaran yang dibuat berjaya.
Related : https public.moe.gov.my, lahir pada 2 januari, tahun hadapan, Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2023/ 2024
Tiada ulasan