Semakan Keputusan Murid Tahun 1 2022 / 2023 Online & Rayuan
Semakan Keputusan Murid Tahun 1 2022 / 2023 Online & Rayuan . Untuk makluman semua ibu bapa /penjaga murid Tahun 1 sesi 2022/2023, pihak Bahagian Pengurusan Murid ( BPM) KPM telah membuka semula modul Pendaftaran Tahun 1 sesi 2022 bagi ibu bapa/penjaga membuat semakan penempatan anak mereka dan memuat turun cetakan penempatan murid.
Semakan permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2022 ini dibuka sehingga 20 Februari 2022
Bersama-sama dengan ini disertakan cara-cara membuat pengesahan penempatan Tahun 1/2022.
Surat tawaran yang telah dicetak, perlu DISIMPAN dahulu oleh ibu bapa / penjaga hingga dimaklumkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.
Untuk makluman ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftar anak-anak untuk Darjah 1 tahun 2022, jangan lupa buat semakan keputusan penempatan sekolah online melalui portal KPM secara atas talian ya.
Tarikh Semakan Status Penempatan Tahun 1 Sesi 2022 / 2023
Tarikh semakan diumumkan pada 1 Ogos 2021 manakala bagi sekolah di Wilayah Putrajaya, ia telah ditangguhkan kepada 1 November 2021.
Mulai 3 Januari, sistem dibuka semula sehingga 20 Februari 2022 untuk memudahkan ibu bapa membuat semakan.
Kemas kini Profil Murid boleh dilaksanakan mulai 11 Januari 2021 (Isnin) secara dalam talian. Tiada pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual.
Cara Semakan Keputusan Penempatan Tahun 1 Sesi 2022 / 2023 KPM
Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.
Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.
- Layari laman web https://public.moe.gov.my/
- Tekan butang Log masuk
- Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
- Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Tiada ulasan