Header Ads

  • SAPS Ibu Bapa 2023 : Login Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

      SAPS Ibu Bapa merupakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang diwujudkan oleh KPM. SAPS memudahkan guru dan juga ibu bapa untuk memasukkan markah peperiksaan dan melihat prestasi pelajar di dalam peperiksaan.

    SAPS Ibu Bapa 2023

    SAPS Ibu Bapa 2023 : Login Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

    Bagi guru, SAPSNKRA adalah sistem di mana para guru login dan key in markah exam setiap murid yang berada di bawah kelas mereka mengajar.

    Ibu bapa pula , boleh login ke dalam Sistem SAPS Ibubapa untuk melihat markah peperiksaan pelajar bagi setiap semester peperiksaan.

    Nak login ke dalam sistem APDM? Layari Aplikasi Pangkalan Data Murid.

    Login Sistem SAPS 2023 2024 (SAPSNKRA)

    Untuk masuk ke dalam SAPS, boleh layari: https://sapsnkra.moe.gov.my/

    Manakala bagi ibu bapa, login ke SAPS Ibu bapa melalui pautan: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

    Cara Semakan Keputusan Peperiksaan (Slip result exam)

    Caranya adalah:

    1. Layari https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
    2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir
    3. Pilih maklumat sekolah (negeri, daerah dan nama sekolah)
    4. Klik semak.
    5. Semakan ini untuk pelajar yang berada di Sekolah Rendah dan Menengah. Tidak termasuk tingkatan 6.

    Tarikh pengisian markah peperiksaan adalah tertakluk kepada takwim yang dikeluarkan oleh KPM dan sebarang pindaan yang dilakukan.

    Jika terdapat sebarang permasalahan berkenaan SAPS, bolehlah hubungi Setiausaha Peperiksaan SAPS anda di sekolah masing-masing. SAPS Ibu Bapa 2023 : Login Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

    Tiada ulasan