Login SAPS Semakan Ibu Bapa NKRA Analisis Keputusan Peperiksaan
Login SAPS Semakan Ibu Bapa NKRA Analisis Keputusan Peperiksaan. Berita baik buat semua, berikut merupakan cari panduan buat Ibu bapa dan penjaga untuk membuat semakan online keputusan ujian dan peperiksaan secara. Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak anda, anda kini boleh log masuk Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah melalui SAPS NKRA.
Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat bagi pelajar sekolah rendah dari Darjah 1 sehingga Darjah 6 manakala untuk sekolah Menengah,disediakan semakan untuk pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Sistem SAPS akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dalam bentuk markah, gred dan kedudukan di dalam kelas.
Login SAPS Semakan Ibu Bapa NKRA Analisis Keputusan Peperiksaan
Berikut merupakan panduan membuat semakan keputusan peperiksaan anak anda menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA. Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah :- Ujian 1 dan Ujian 2
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM
Langkah Buat Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
Berikut merupakan langkah-langkah mudah dan senang untuk menyemak Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online :- Sila layari laman web SAPS Ibu Bapa untuk akses dan Login SAPS ke menu utama.
Langkah Semakan SAPS Seterusnya :-
2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space)
3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan
4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke sub-menu seperti paparan di bawah:
5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian 1 dan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.
Paparan Slip Keputusan
6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan. Untuk mendapatkan paparan yang lebih terperinci, sila klik Papar Markah Peperiksaan.Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS Tahun 2017
Bagi mendapatkan keputusan peperiksaan terkini, sila pastikan semakan dibuat selepas markah selesai diisi ke dalam sistem SAPS. Ibu bapa boleh merujuk Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan ini ada memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.
Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Tahun 6/ Tingkatan 5 : 18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir)
- Terkini : sehingga 30 Jun 2017
Peperiksaan Percubaan
- Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
- Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)
Peperiksaan Akhir Tahun
- Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)
Nota
Untuk makluman, tarikh yang sama boleh digunakan untuk semakan keputusan bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masingDiharapkan kewujudan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA oleh Kementerian Pendidikan ini mampu memudahkan ibu bapa memantau prestasi akademik anak mereka serta membantu dalam meningkatkan prestasi akademik mereka.
Tiada ulasan