Pakej PerantiSiswa : Pendaftaran Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40
Pakej PerantiSiswa : Pendaftaran Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40
Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
Pakej PerantiSiswa : Pendaftaran Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40
Menurut sumber terkini, pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diumumkan dalam Bajet 2022 akan bermula pada pertengahan April 2022.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Pakej Peranti Siswa ini.
Apakah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia?
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih.
Pengenalan pakej yang dibentangkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
*Tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.
Kelayakan Tablet Percuma Pakej PerantiSiswa
Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej tablet percuma ini.
Perincian kelayakan adalah seperti berikut:
- Mahasiswa yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850.
- Mahasiswa yang belajar di peringkat pengajian berikut:
- Diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat
Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah :
- Celcom Axiata Berhad (Celcom),
- Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
- Maxis Berhad (Maxis),
- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
- Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
- YTL Communications Sdn Bhd (YES).
Tarikh Pendaftaran / Permohonan
Tempoh permohonan pakej Perantisiswa ini akan bermula pada pertengahan April 2022.
Proses perolehan bagi inisiatif ini sedang dibuat dan dijangka dapat disempurnakan pada bulan Mei 2022, seterusnya akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
Maklumat Lanjut Tentang Pakej Peranti Siswa
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim yang disertakan dalam lampiran di bawah:
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.
Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).
Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada suku kedua 2022. (Dijangka dalam bulan April – Jun 2022)
Maklumat lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat.
NOTA: Soalan-soalan lazim ini dikemas kini pada 1 November 2021 dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini.
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Tiada ulasan