Permohonan PTPTN 2022 Online : Semakan Dan Bayaran Balik
Permohonan PTPTN 2022 Online. PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan dana pinjaman pebdidikan untuk para pelajar menyambung pengajian di IPTA atau IPTS dalam Malaysia.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengeani cara permohonan, syarat permohona dan mengenai bayaran balik.
Tarikh Permohonan PTPTN 2022 2023 Online
Permohonan baharu bagi tahun 2022 akan dibuka secara berkelompok, dan kelompok pertama akan dibuka bermula :
Tarikh buka : 1 Februari 2022
Tarikh tutup : 28 Februari 2022
Bagi semakan status permohonan yang dikemukakan pada Disember 2021 boleh disemak mulai Januari 2022.
Permohonan PTPTN Kali Pertama
Kini permohonan PTPTN terbuka kepada semua pelajar IPT yang tidak menerima sebarang biasiswa.
Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan di = https://www.ptptn.gov.my/
Sebelum membuat Permohonan PTPTN 2022 Online, pastikan anda telah :
- Menerima tawaran IPT
- Mempunyai salah satu nombor akaun SSPN
- Mempunyai akaun bank mengikut panel bank IPT
- Membuat semakan jadual permohonan dan bayaran balik pinjaman
Semakan jadual permohonan boleh dibuat mengikut nama kursus atau nama IPT masing-masing di = https://www.ptptn.gov.my/msk/Utama
Antara maklumat yang dipaparkan termasuk panel bank, kadar pinjaman dan kos yuran pengajian.
Syarat-syarat Permohonan PTPTN 2022 2023 Online
Antara syarat-syarat Permohonan PTPTN 2022 Online adalah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.
- Mendapat tawaran ke IPT / IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA / IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN,
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat sijil perakuan Akreditasi daripada Agensi kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
- Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- Telah membuat akaun SSPN-i plus.
Untuk makluman, Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hbungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit
Permohonan Kali Kedua
Bagi peminjam sedia ada yang ingin memohon Permohonan PTPTN 2022 Online kali kedua boleh berbuat demikian melalui sistem i-online.
Sistem tersebut juga boleh digunakan untuk semak status permohonan pinjaman, cetak surat tawaran dan semak penyata pinjaman terkini.
Semakan Bayaran Balik PTPTN
Peminjam hendaklah membuat bayaran balik PTPTN selepas 12 bulan tamat pengajian tanpa perlu menunggu notis bayaran balik.
Jumlah bayaran balik seperti yang tertera dalam Dokumen Tawaran pinjaman.
Penangguhan Bayaran Balik
Sekiranya cukup syarat, permohonan penangguhan perlu dibuat melalui surat permohonan rasmi atau = https://www.ptptn.gov.my/images/fail/borang_ptptn/borang_byrn_blk/brg-prmhnn-pnngghn-byrn-blk-pnjmn-pnddkn.pdf
Tempoh penangguhan akan ditetapkan oleh PTPTN.
Antara permohonan yang layak dipertimbangkan :
- Peminjam yang telah tamat pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa.
- Peminjam yang menambah tempoh pengajian.
- Peminjam yang mengikuti kursus berkembar yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian luar negara.
- Tidak Bekerja.
PTPTN berhak membatalkan penangguhan sekiranya :
- Didapati peminjam menerima gaji atau elaun dalam tempoh penangguhan.
- Didapati peminjam memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan kelulusan permohonan penangguhan.
Pengecualian Bayaran Balik
Pengecualian bayaran balik PTPTN bagi pemegang Ijazah Kelas Pertama boleh dibuat secara online selewat-lewatnya 12 bulan selepas tarikh konvokesyen.
Berikut senarai dokumen yang diperlukan :
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol)
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan
- Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah )
- Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian paa ijazah / transkrip)
- Dokumen pendapatan seperti slip gaji, penyata KWSP terkini penyata cukai taksiran terkini, dan penyata pencen.
Semakan Penyata PTPTN Online
Untuk semak penyata baki pinjman terkini, anda boleh login disini.
Kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik “Cari”.
Kemudian barulah anda boleh login ke dalam sistem i-Online PTPTN.
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang masalah dalam membuat Permohonan PTPTN 2022 Online , anda boleh terus berhubung melalui ruangan “live chat” yang disediakan.
Anda juga boleh membuat aduan secara online = https://eaduan.ptptn.gov.my/app/login
Soalan Lazim
Bilakah tarikh Permohonan PTPTN 2022 Online ?
Permohonan baharu bagi tahun 2022 akan dibuka secara berkelompok, dan kelompok pertama akan dibuka bermula pada 1 Februari 2022 hingga 28 Februari 2022.
Bilakah tempoh diberikan untuk membuat bayaran balik PTPTN?
peminjam hendaklah membuat bayaran balik PTPTN selepas 12 bulan tamat pengajian tanpa perlu menunggu notis bayaran balik. Permohonan PTPTN 2022 2023 Online : Semakan Dan Bayaran Balik
Tiada ulasan