Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1
Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 adalah antara himpunan soalan-soalan yang berjaya kami sediakan untuk menjadi panduan dan rujukan kepada guru dan pelajar.
Peperiksaan Akhir Tahun akan dilangsungkan di seluruh sekolah setiap hujung tahun akhir semesta. Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar yang terlibat bolehlah merujuk kepada kalendar sekolah yang berkenaan untuk memastikan tarikh sebenar peperiksaan akhir tahun ditetapkan.
Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1
Oleh itu admin disini berusaha memberi sedikit input/kemudahan kepada guru-guru untuk menyediakan soalan-soalan untuk peperiksaan tersebut. Bagi ibubapa dan pelajar pula bolehlah menggunakan bahan-bahan ini sebagai latihan tambahan dan latih tubi untuk memastikan pelajar benar-benar bersedia untuk peperiksaan ini…
Soalan-soalan yang disediakan di dalam Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan dan memperoleh kelulusan yang cemerlang. Semoga para pelajar mempoleh bermanafaat dari bahan yang disediakan….
Download Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1
Objektif DSKP UPT Matematik Tingkatan 1
KSSM Matematik bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:
1. Membentuk kefahaman tentang konsep, hukum, prinsip, dan teorem yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan dan Geometri; Perkaitan dan Algebra; Statistik dan Kebarangkalian serta Matematik Diskret;
2. Membentuk kapasiti dalam:
- merumus situasi ke dalam bentuk matematik;
- menggunakan konsep, fakta, prosedur dan penaakulan; dan
- mentafsir, mengaplikasi serta menilai hasil matematik;
3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks;
4. Mempertingkatkan kemahiran matematik berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan dan Geometri; Perkaitan dan Algebra; Statistik dan Kebarangkalian serta Matematik Diskret seperti:
- memungut dan mengendalikan data;
- mewakilkan dan mentafsir data;
- mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik;
- menggunakan algoritma dan perkaitan;
- membuat anggaran dan penghampiran; dan
- mengukur dan membina;
5. Mengamalkan secara konsisten kemahiran proses matematik iaitu penyelesaian masalah, penaakulan; berkomunikasi secara matematik, membuat perkaitan dan perwakilan;
6. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan harian;
7. Menyedari bahawa idea matematik saling berkait dan merupakan ilmu yang menyeluruh dan bersepadu, serta mampu menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain;
8. Menggunakan teknologi bagi membina konsep, menguasai kemahiran, menyiasat dan meneroka idea matematik dan menyelesaikan masalah;
9. Memupuk dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif terhadap matematik serta menghargai kepentingan dan keindahannya;
10. Membentuk pemikiran aras tinggi, kritis, kreatif dan inovatif; dan
11. Mengamal dan mengembangkan kemahiran generik bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1
Tiada ulasan